THE HIJAB CO telah diasaskan oleh Puan Noor Hayati Kamarzaman bersama En Zaidi Aziz pada tahun 2016.

Pada awalnya semua produk yang dijual dilakukan secara kecil-kecilan bersama anak-anak di rumah dan dijual kepada rakan-rakan dan keluarga terdekat sebelum dipasarkan secara meluas melalui perniagaan atas talian.

Pada awalnya juga hanya lebih kurang 10 corak tudung dan aksesori dijual namun kini lebih daripada 50 corak tudung telah diperkenalkan di bawah THE HIJAB CO.

THE HIJAB CO dibantu oleh keluarga sendiri bersama kakitangan yang lain dimana membantu dalam media sosial dan laman web bagi menguruskan pesanan dari pelanggan.

Kini pada tahun 2019 THE HIJAB CO telah bergerak ke hadapan dengan membuka butik THE HIJAB CO yang pertama beralamat di No 13A Ground Floor Jalan BRP 6/10 Bukit Rahman Putra Sg Buloh 47000 Selangor.

Butik sasaran yang ingin dibuka seluruh Malaysia adalah sebanyak 15 buah serta sasaran untuk memiliki francais di luar negara.